perkawinan dengan fatimah

Assalamu’alaykum Wr. Wb
Disadur dari buku :
Sejarah Hidup Imam Ali bin Abi Thalib r.a. Oleh H.M.H. Al Hamid Al Husaini Penerbit: Lembaga Penyelidikan Islam Jl. Blora 29 Jakarta Oktober 1981
B A B 03 RUMAH TANGGA. SERASI
Lahirnya Sitti Fatimah Azzahra r.a. merupakan rahmat yg dilimpahkan llahi kepada Nabi Muhammad s.a.w. Ia telah menjadi wadah suatu keturunan yg suci. Ia laksana benih yg akan menumbuhkan pohon besar pelanjut keturunan Rasul Allah s.a.w. Ia satu-satunya yg menjadi sumber keturunan paling mulia yg dikenal umat Islam di seluruh dunia. Sitti Fatimah Azzahra r.a. dilahirkan di Makkah pada hari Jumaat 20 Jumadil Akhir kurang lbh lima tahun sebelum bi’tsah.
Sitti Fatimah Azzahra r.a. tumbuh dan berkembang di bawah naungan wahyu Ilahi di tengah kancah pertarungan sengit antara Islam dan Jahiliyah di kala sedang gencar-gencarnya perjuangan para perintis iman melawan penyembah berhala.

Nasab Keturunan Nabi Muhammad SAW

Nabi Muhammad SAW adalah anak dari Abdullah bin Abdul Muthalib. Ibunya adalah Aminah binti Wahab yang berasal dari Kalangan Suku Quraisy yang dipandang mulia pada masa itu. Kedua nasabnya masih ada hubungan kekeluargaan dari kakaknya yang ke-lima. Abdullah (ayah Nabi) telah meninggal dunia saat Nabi masih berada dalam kandungan, jadi Nabi belum pernah bertemu dengan ayahnya. Nabi Muhammad SAW tidak mendapat tinggalan harta benda yang banyak tetapi hanya beberapa ekor unta, karena keluarga Nabi memang bukan termasuk keluarga yang hartawan.
Pada saat lahir, Nabi Muhammad SAW sudah jadi anak yatim. Kebiasaan orang daerah Mekah, kalau mempunyai anak dicarikan orang yang menyusui dari daerah dusun dan mereka memilih orang yang mempunyai keturunan yang baik, agar berpengaruh pada bayinya. Pada saat itu, seorang wanita bernama Khalimatus Sa’diyah datang menemui Ibu Nabi Muhammad (Siti Aminah) kemudian menawarkan diri untuk menyusui/merawat Nabi. Atas persetujuan semua keluarga, dibawalah Nabi ke rumah Khalimatus Sa’diyah yang kemudian disusui (dirawat) selama 2 tahun. Selama merawat Nabi SAW, Khalimatus Sa’diyah merasa tambah gembira dan senang karena ekonominya bertambah luas, binatang ternaknya bertambah gemuk, dan tanamannya bertambah subur. Terasalah baginya perbedaan di saat sebelum merawat Nabi dan di waktu merawat Nabi SAW. Sehingga ketentuan mengasuh yang selama 2 tahun bagi Khalimatus Sa’diyah dirasa hanya sebentar baginya, maka sesudah sampai batas waktu 2 tahun, datanglah Khalimah kepada Ibu Nabi (Aminah) untuk meminta tambahan 2 tahun lagi dalam merawat Nabi. Keluarga Nabi kemudian bermusyawarah dengan keputusan yang diambil adalah menyerahkan kembali perawatan Nabi kepada Khalimah selama 2 tahun. Jadi Nabi dirawat oleh Khalimatus Sa’diyah selama 4 tahun.

nabi sulaiman

Raja segala makhluk

Allah SWT mengangkatnya sebagai nabi dan rasul. Setelah Sulaiman cukup umur dan ayahandanya wafat, Sulaiman diangkat menjadi raja di kerajaan bani Israil. Beliau berkuasa tak hanya atas manusia, namun juga binatang dan makhluk halus seperti jin dan lain-lain. Baginda dapat memahami bahasa semua binatang
Istana Nabi Sulaiman sangat indah. Dibangun dengan gotong royong manusia, binatang, dan jin. Dindingnya terbuat dari batu pualam, tiang dan pintunya dari emas dan tembaga, atapnya dari perak, hiasan dan ukirannya dari mutiara dan intan berlian, pasir di taman ditaburi mutiara, dan sebagainya.

[sunting] Sulaiman kawal jin, haiwan

Nabi Sulaiman dianugerahkan Allah kebijaksanaan sejak remaja lagi. Beliau juga memiliki pelbagai keistimewaan, termasuk mampu bercakap, memahami dan memberi arahan terhadap jin dan haiwan sehingga semua makhluk itu mengikuti kehendaknya.
Allah berfirman: “Dan sesungguhnya Kami telah memberikan ilmu kepada Daud dan Sulaiman dan keduanya mengucapkan; segala puji bagi Allah yang melebihkan kami dan banyak hambanya yang beriman. Dan Sulaiman telah mewarisi Daud dan dia berkata; Wahai manusia, kami telah diberi pengertian tentang suara burung dan kami diberi segala sesuatu. Sesungguhnya semua ini benar-benar satu anugerah yang nyata.”
Kebijaksanaan Sulaiman dapat dilihat melalui pelbagai peristiwa yang dilaluinya. Misalnya, beliau cuba mengetengahkan idea kepada bapanya, Nabi Daud bagi menyelesaikan perselisihan antara dua pihak, masing-masing membabitkan pemilik haiwan ternakan dan kebun

Kisah Nabi Yahya a.s.

Nabi Zakaria a.s., ayah kepada Nabi Yahya sedar dan mengetahui bahawa anggota-anggota keluarganya, saudara-saudaranya, sepupu-sepupunya dan anak-anak saudaranya adalah orang-orang jahat Bani Israil yang tidak segan-segan melanggar hukum-hukum agama dan berbuat maksiat, disebabkan iman dan rasa keagamaan mereka belum meresap betul didalam hati mereka, sehingga dengan mudah mereka tergoda dan terjerumus ke dalam lembah kemungkaran dan kemaksiatan. Ia khuatir bila ajalnya tiba dan meninggalkan mereka tanpa seorang waris yang dapat melanjutkan pimpinannya atas kaumnya, bahawa mereka akan makin rosak dan makin berani melakukan kejahatan dan kemaksiatan bahkan ada kemungkinan mereka mengadakan perubahan-perubahan di dalam kitab suci Taurat dan menyalah-gunakan hukum-hukum agama.
Kekhuatiran itu selalu mengganggu fikiran Zakaria disamping rasa sedih hatinya bahawa ia sejak kahwin hingga mencapai usia sembilan puluh tahun, Tuhan belum mengurniakannya dengan seorang anak yang ia idam-idamkan untuk menjadi penggantinya memimpin dan mengimami Bani Isra'il. Ia agak terhibur dari rasa sedih dan kekhuatirannya semasa ia bertugas memelihara dan mengawasi Maryam yang dapat dianggap sebagai anak kandungnya sendiri. Akan tetapi rasa sedihnya dan keinginanya yang kuat untuk memperolhi keturunan tergugah kembali ketika ia menyaksikan mukjizat hidangan makanan dimihrabnya Maryam. Ia berfikir didalam hatinya bahawa tiada sesuatu yang mustahil di dalam kekuasaan Allah. Allah yang telah memberi rezeki kepada Maryam dalam keadaan seorang diri tidak berdaya dan berusaha, Dia pula berkuasa memberinya keturunan bila Dia kehendaki walaupun usianya sudah lanjut dan rambutnya sudah penuh uban.
Pada suatu malam yang sudah larut duduklah Zakaria di mihrabnya menghening cipta memusatkan fikiran kepada kebesaran Allah seraya bermunajat dan berdoa dengan khusyuk dan keyakinan yang bulat. Dengan suara yang lemah lembut dia berdoa: "Ya Tuhanku, berikanlah aku seorang putera yang akan mewarisiku dan mewarisi sebahagian dari keluarga Ya'qub, yang akan meneruskan pimpinan dan tuntunanku kepada Bani Isra'il. Aku khuatir bahawa sepeninggalanku nanti anggota-anggota keluargaku akan rosak kembali aqidah dan imannya bila aku tinggalkan mati, tanpa seorang pemimpin yang akan menggantikan aku. Ya Tuhanku, tulangku telah menjadi lemah dan kepalaku telah dipenuhi uban, sedang isteriku adalah seorang perempuan yang mandul. Namun kekuasaan-Mu adalah di atas segala kekuasaan dan aku tidak jemu-jemu berdoa kepadamu memohon rahmat-Mu mengurniai kau seorang putera yang soleh yang engkau redhai."
Allah berfirman memperkenankan permohonan Zakaria: "Hai Zakaria Kami memberi khabar gembira kepadamu, kamu akan memperoleh seorang putera bernama Yahya yang soleh yang membenarkan kitab-kitab Allah, menjadi pemimpin yang diikuti, bertahan diri dari hawa nafsu dan godaan syaitan serta akan menjadi seorang nabi." Berkata Zakaria: "Ya Tuhanku, bagaimana aku akan memperolehi anak sedangkan isteriku adalah seorang perempuan yang mandul dan aku sendiri sudah lanjut usia."
Allah menjawab dengan firman-Nya: "Demikian itu adalah suatu hal yang mudah bagi-Ku. Tidakkah aku telah ciptakan engkau, padahal engkau di waktu itu belum ada sama sekali?" Berkata Zakaria: "Ya Tuhanku, berilah aku akan suatu tanda bahawa isteri aku telah mengandung." Allah berfirman: "Tandanya bagimu bahawa engkau tidak dapat berkata-kata dengan manusia selama tiga hari berturut-turut kecuali dengan isyarat. Dan sebutlah nama-Ku sebanyak-banyaknya serta bertasbihlah di waktu petang dan pagi hari."
Nabi Yahya bin Zakaria a.s. tidak banyak dikisahkan oleh Al-Quran kecuali bahawa ia diberi ilmu dan hikmah semasa dia masih kanak-kanak dan bahawa ia seorang putera yang berbakti kepada kedua orang tuanya dan bukanlah orang yang sombong durhaka. Ia terkenal cerdik pandai, berfikiran tajam sejak ia berusia muda, sangat tekun beribadah yang dilakukan siang dan malam sehingga berpengaruh kepada kesihatan badannya dan menjadikannya kurus kering, wajahnya pucat dan matanya cekung.
Ia dikenal oleh kaumnya sebagai orang alim menguasai soal-soal keagamaan, hafal kitab Taurat, sehingga ia menjadi tempat bertanya tentang hukum-hukum agama. Ia memiliki keberanian dalam mengambil sesuatu keputusan, tidak takut dicerca orang dan tidak pula menghiraukan ancaman pihak penguasa dalam usahanya menegakkan kebenaran dan melawan kebathilan. Dia selalu menganjurkan orang-orang yang telah berdosa agar bertaubat dari dosa mereka. Dan sebagai tanda taubatnya mereka dimandikan { dibaptiskan } di sungai Jordan, kebiasaan mana hingga kini berlaku di kalangan orang-orang Kristian dan kerana Nabi Yahya adalah orang pertama yang mengadakan upacara itu, maka ia dijuluki "Yahya Pembaptis".
Dikisahkan bahawa Hirodus Penguasa Palestin pada waktu itu mencintai anak saudaranya sendiri bernama Hirodia, seorang gadis yang cantik, ayu, bertubuh lampai dan ramping dan berhasrat ingin mengahwininya. Sang gadis berserta ibunya dan seluruh anggota keluarga menyetujui rencana perkahwinan itu, namun Nabi Yahya menentangnya dan mengeluarkan fatwa bahawa perkahwinan itu tidak boleh dilaksanakan kerana bertentangan dengan syariat Musa yang mengharamkan seorang mengahwini anak saudaranya sendiri.
Berita rencana perkahwinan Hirodus dan Hirodia serta fatwa Nabi Yahya yang melarangnya tersiar di seluruh pelusuk kota dan menjadi pembicaraan orang di segala tempat di mana orang berkumpul. Herodia si gadis cantik calon isteri itu merasa sedih bercampur marah terhadap Nabi Yahya yang telah mengeluarkan fatwa mengharamkan perkahwinannya dengan bapa saudaranya sendiri, yang telah membawa reaksi dan pendapat di kalangan masyarakat yang luas. Dia khuatir bahawa bapa saudaranya, calon suaminya, Herodus, dapat terpengaruh oleh fatwa Nabi Yahya itu dan terpaksa membatalkan perkahwinan yang sudah dinanti-nanti dan diidam-idamkan, bahkan sudah menyiapkan segala sesuatu berupa pakaian mahupun peralatan yang perlu untuk pesta perkahwinan yang telah disepakati itu.
Menghadapi fatwa Nabi Yahya dan reaksi masyarakat itu, Herodia tidak tinggal diam. Ia berusaha dengan bersenjatakan kecantikan dan parasnya yang ayu itu mempengaruhi bapa saudaranya calon suaminya agar rencana perkahwinan dilaksanakan. Dengan merias diri dan berpakaian yang merangsang, ia pergi mengunjungi bapa saudaranya Herodus yang sedang dilanda mabuk asmara. Bertanya Herodus kepada anak saudaranya calon isterinya yang nampak lebih cantik daripada biasa : "Hai manisku, apakah yang dapat aku berbuat untukmu?. Katakanlah. Aku akan patuhi segala permintaanmu. Kedatanganmu kemari pada saat ini tentu didorong oleh sesuatu hajat yang mendesak yang ingin engkau sampaikan kepadaku. Sampaikanlah kepadaku tanpa ragu-ragu, hai sayangku, aku sedia melayani segala keperluan dan keinginanmu."
Herodia menjawab: "Jika Tuanku berkenan, maka aku hanya mempunyai satu permintaan yang mendorongku datang mengunjungi Tuanku pada saat ini. Permintaanku yang tunggal itu ialah kepala Yahya bin Zakaria orang yang telah mengacau rencana kita dan mencemarkan nama baik Tuanku dan namaku sekeluarga di segala tempat dan penjuru. Supaya dia dipenggal kepalanya. Alangkah puasnya hatiku dan besarnya terima kasihku, bila Tuanku memperkenankan permintaanku ini". Herodus yang sudah tergila-gila dan tertawan hatinya oleh kecantikan dan keelokan Herodia tidak berkutik menghadapi permintaan calon isterinya itu dan tidak dapat berbuat selain tunduk kepada kehendaknya dengan mengabaikan suara hati nuraninya dan panggilan akal sihatnya. Demikianlah maka tiada berapa lama dibawalah kepala Yahya bin Zakaria berlumuran darah dan diletakkannya di depan kesayangannya Herodia yang tersenyum tanda gembira dan puas hati bahawa hasratnya membalas dendam terhadap Yahya telah terpenuhi dan rintangan utama yang akan menghalangi rencana perkahwinannya telah disingkirkan, walaupun perbuatannya itu menurunkan laknat Tuhan atas dirinya, diri rajanya dan Bani Isra'il seluruhnya.
Cerita tentang Zakaria dan Yahya terurai di atas dikisahkan oleh Al-Quran, surah Maryam ayat 2 sehingga ayat 15, surah Ali Imran ayat 38 senhingga ayat 41 dan surah Al-Anbiya' ayat 89 sehingga ayat 90.

nabi daud

NABI DAUD
Pemuda Oria bin Hannan sudah meningkat ke umur remajanya. Badannya sihat. kuat dan segar bugar, baik rupa dan tampannya. Tiada pula kekurangan dalam penghidupannya. Sungguhpun begitu, dia selalu tampak gelisah saja, sering pula dia duduk mengelamun. Tidak lain yang menggoda fikirannya yang menyebabkan dia sering mengelamun itu, ialah cita cita baru yang timbul dalam hatinya, cita cita yang datangnya keras maha dahsyat, iaitu cita cita ingin mempunyai teman hidup. Kenapa hal ini menyebabkan dia gelisah dan mengelamun? Bukankah di kalangan orang sekampung dan bangsanya sendiri banyak gadis gadis yang tidak keberatan berkahwin dengan dia, kalau dia mahu?
Yang menyebabkan gelisahnya, bukanlah kerana kekurangan gadis, tetapi adalah kerana banyaknya anak anak gadis itu. Dia menginginkan seorang gadis yang paling cantik dan manis, yang paling menarik hatinya. Menetapkan yang paling cantik dan menarik inilah yang sangat ia susahkan dan inilah yang menyebabkan dia melamun dan gelisah itu.
Kegelisahan ini tidak dibiarkannya lama. Dia bangun dari lamunannya, berdiri dan berkata kepada dirinya: Dengan sekadar mengelamun saja, tidak akan menamatkan perjuangan batinku ini. Lebih baik kumulai hari ini juga berjalan dan terus berjalan mencari pemudi yang secocok dengan kehendak hatiku. Siapa tahu, bahawa di sana di bawah lingkaran langit yang biru ini, ada seorang yang dapat memenuhi hasrat hati, yang secocok dengan syarat mutlak yang terguris dalam kalbuku ini.
Tidak lama dia berjalan mencari cari itu, dengan takdir Allah, pada suatu hari di sebuah tempat, panah asmara yang tersembur dari matanya sendiri jatuh tertambat di wajah seorang gadis dari kaumnya juga, bernama Sabiq binti Syaik. Dalam pandang pertama yang lamanya hanya sekejap itu, Oria bin Hannan melihat, lalu menimbang, lantas mengusul, akhirnya memutuskan dalam hatinya, bahawa inilah dia gadis yang dicari carinya itu.
Memang pilihannya tidak salah lagi. Memang Sabiq adalah seorang gadis yang cantik jelita, termasuk gadis gadis yang mulia di negerinya, tenang dan dalam pula pemikirannya, Yang semua itu, kalau dikirakan akan menambah molek dan jelitanya pula, dengan pandangan lahir, apalagi dengan batin manusia yang melihatnya.
Segera dia datang kepada famili gadis itu. Pinangan dan lamarannya disambut dengan tangan terbuka dan dada yang lapang. Perkahwinan antara kedua merpati itu segera berlangsung. Hasrat pemuda kita itu segera terkabul, sehingga dunia yang selama ini gelap dalam pandangannya, menjadi sinar diterangi surya bahagia rumahtangganya.
Dalam kedua suami isteri itu sedang hidup dengan asyik dan masyuknya, seakan akan selalu dalam bulan madu, tiba tiba Raja Daud mengumumkan adanya bahaya dari luar. Pemuda pemuda Israel diperintahkan untuk mencatatkan diri menjadi tentera pembela tanahair dan agama, untuk menghadapi perang dan jihad dalam jalan Allah.
Berat hati pemuda Oria bin Hannan untuk melangkahkan kakinya ke medan perang, yang mungkin menjadi medan maut di kala dia sedang terpaku di tengah tengah alam bahagiaraya di samping isterinya yang dicintainya itu. Takut dia kalau lama dia tidak dapat pulang, lebih takut lagi kalau dia mati syahid dimedan perang. Bagai manakah isterinya tinggal tanpa dia dan bukankah keduanya sudah begitu asyik, sehingga terpisah sebentar sajapun sampai menguraikan airmata?
Tetapi kewajipan terhadap tanahair dan agama, adalah kewajipan yang berdiri atas segala kewajipan. Kewajipan yang harus ditunaikan sekalipun akan menyebabkan membanjirnya airmata dan darah sekalipun. Oria bin Hannan terjunkan dirinya dalam ketenteraan dan terus dikirimkan kemedan perang menghadapi serangan musuh yang kuat. Pertempuran terjadi dan berkobar dengan hebatnya. Pertempuran demi pertempuran, silih berganti tidak ada putus putusnya. Kerana sama sama kuatnya, maka perang itu bukan berjalan dalam satu dua hari saja, tetapi puluhan dan ratusan hari, belum juga berkesudahan.
Fikiran Oria bin Hannan sehabis tiap tiap pertempuran yang dihadapinya, selalu terbang melayang kerumah kepada isterinya. Kewajipan dijalankan sebaik baiknya, dengan harapan dan doa yang saban waktu diucapkannya kepada Tuhan, mudah mudahan perang lekas berakhir dengan kemenangan yang gilang gemilang bagi negeri dan agamanya. Tetapi perang tidak kunjung berhenti, malah semakin sengit.
Takdir Tuhan menentukan, bahawa pada suatu hari mata Raja Daud, Nabi Yang Mulia ini terpandang kewajah pemudi Sabiq bin Syaik, isteri pemuda Oria bin Hannan, hati Nabi Daud bergetar dibuatnya, ingin mempersunting jelita itu menjadi isterinya pula. Dengan segera Daud mengajukan lamaran pada keluarga Sabiq. Siapakah gerangan yang akan menolak lamaran dari seorang Nabi Yang Mulia, raja yang besar seperti Daud itu? Raja dan Nabi yang terbesar di seluruh dunia di kala itu, apalagi suami Sabiq sendiri sudah lama benar tidak terdengar beritanya, mungkin tewas atau lainnya.* Perkahwinan Nabi Daud dengan Sabiq binti Syaik segera pula terjadi, dengan riang gembira bagi Daud dan keluarga sendiri. Tetapi di sana dibawah ufuk yang tinggi, ada seorang pemuda yang mendengar terjadinya perkahwinan ini, sebagai pukulan yang hebat menimpa dirinya, pukulan yang menghancurkan segala sendi dan urat sarafnya, menembus jantung dan kalbunya.
Sejak perkahwinan dengan Sabiq binti Syaik ini, Nabi Daud lebih gembira dalam menjalankan tugasnya sebagai raja dan Nabi Allah. Rencana pekerjaannya ditetapkan dan diatur begitu rupa, sehingga segala galanya berjalan dengan lancar dan baik. Rencana itu ialah dengan membahagi waktunya kepada empat pembahagian. Bahagian pertama untuk kepentingan dirinya sendiri, hari kedua untuk kepentingan kepada Tuhannya, hari ketiga untuk menghukum dan menyelesaikan urusan urusan ummat dan hari yang keempat untuk mengajar dan memimpin rakyat ke jalan yang dikehendaki oleh Allah. Begitulah dijalankan seterusnya oleh Daud.
Sebagai raja besar dan Nabi Mulia, rumah Daud selalu dijaga oleh penjaga penjaga dan tentera. Tidak seorang juga dibolehkan masuk menemui Daud, sebelum mendapat izin dari penjaga dan sesudah dibenarkan oleh Daud sendiri dan tidak seorang juga yang diperbolehkan masuk, kalau tidak sepadan dan sesuai dengan rencana pekerjaan yang sudah ditetapkan oleh Daud itu. Di hari dia beribadat, siapa juga tidak diizinkan masuk untuk mengadukan perkara. Begitulah seterusnya, pada suatu hari ada dua orang lelaki yang tidak ada bezanya dengan lelaki lain, minta izin masuk kepada penjaga penjaga itu, untuk bertemu dengan Daud. Setelah aturan itu diterangkan oleh penjaga, tetapi kedua orang lelaki ini mendesak mahu bertemu.
Bagaimana juga desakan dan permintaannya ini, tidak dapat dikabulkan oleh penjaga penjaga itu. Tetapi hairan, keadaan yang sangat luar biasa, yang belum pernah terjadi. Dengan keadaan pintu tertutup, tiba tiba kedua orang itu sudah sampai saja di hadapan kamar Nabi Daud, lantas masuk menemui Daud.
Memang kedua lelaki itu bukanlah manusia biasa, keduanya Malaikat yang diutus Allah berbentuk manusia untuk mendatangi Daud dan memberikan peringatan dan pengajaran kepada Daud. Alangkah terkejutnya Daud dengan kedatangan kedua tamu itu ke dalam kamarnya sendiri, sedang dia sendiri tidak pernah mengizinkan masuknya kedua orang itu.
Kedua Malaikat itu segera duduk di dekat Daud dan berkata:
Jangan takut hai Daud, kami ini dua orang bersaudara yang bertentangan satu sama lain. Maka berilah kami hukuman yang benar, atas pertentangan dan perselisihan kami, tetapi jangan dihukum dengan cara yang tidak adil. Tunjukilah kami kepada jalan yang sebaik baiknya.
Daud tidak dapat menolak perkara yang sudah ada dihadapannya itu, sekalipun hari itu bukan harinya perkara. Dia bersiap untuk menjatuhkan putusan hukum terhadap dua orang yang berselisih itu. Setelah mendengarkan keterangan keterangan yang diperlukan dalam perkara ini, akhirnya seorang diantara kedua orang itu berkata kepada Daud: Saudara saya ini mempunyai sembilan puluh sembilan ekor kambing dan saya hanya mempunyai seekor kambing. Tetapi saudara saya ini menuntut kepada saya untuk mengambil kambing saya itu, agar kambingnya genap menjadi seratus, sedang saya tak mempunyai kambing sama sekali. Tuntutan ini sudah beberapa kali saya tolak, tetapi dia membantah dengan kata kata yang fasih, sehingga saya kalah tentang kefasihannya itu.
Setelah mendengarkan itu semua, Daud lalu menghadapkan mukanya kepada yang seorang lagi dan bertanya kepadanya tentang duduk perkara yang sebenarnya. Orang itu menjawab, bahawa memang dia sudah mempunyai sembilan puluh sembilan ekor kambing dan lagi seekor kepunyaan saudaranya itu, agar cukup kambingnya berjumlah seratus ekor.
Mendengar keterangan itu, merah padamlah muka Nabi Daud kerana marahnya; dengan badan gementar dan suara yang keras, dia berkata kepada orang yang menuntut itu: Tuntutanmu itu tidak baik, kalau engkau tetap menuntut begitu, akan kami pukul dahi dan hidungmu itu.
Baru saja Daud berkata demikian Malaikat itu berkata:
Engkau seharusnya yang lebih baik dipukul, sebab engkau sudah mempunyai sembilan puluh sembilan orang isteri, lantas mengambil isteri Oria bin Hannan yang hanya mempunyai isteri seorang itu saja.
Mendengar kata kata yang terang dan tepat itu, Nabi Daud tunduk kepalanya, gementar badannya, terbuka kepadanya hakikat keadaan yang dihadapinya itu, bahawa yang dihadapinya itu adalah dua orang Malaikat yang diutus Allah untuk membetulkannya dan menunjukinya. Daud lalu tunduk dan sujud minta ampun kepada Tuhan, atas kekeliruannya, Allah segera memberi ampun dan taubat buat Daud, dengan berkat petunjuk petunjuk dan peringatan peringatan dari Allah Taala.
Tuhan memperlihatkan kepada manusia dan Daud sendiri, bahawa baik soal kecil apa lagi soal besar, tetap diperhatikan oleh Allah. Bukan saja terhadap manusia biasa, tetapi juga terhadap orang orang pilihan Allah, Nabi nabi Mulia dan Rasul rasul yang Suci, dengan tidak diperbezakan sedikitpun antara Nabi dan manusia biasa, antara raja dan rakyat biasa. Hanya bezanya, para Nabi itu senantiasa dapat menerima ajaran Allah dan menjalankannya dengan baik dan patuh, sedang manusia biasa kadang kadang engkar dan tidak ambil peduli semua petunjuk yang baik baik itu.
Berbagai bagai pendapat telah dikemukakan para ahli tafsir mengenai cerita perkahwinan Nabi Daud dengan Sabiq ini. Ada yang mengatakan bahawa Nabi Daud mengahwininya setelah yakin bahawa suaminya telah lama mati di medan perang. Pendapat yang lain mengatakan pula bahawa setelah suami Sabiq hilang tanpa berita demikian lama, maka di anggaplah talaknya telah gugur, barulah dikahwini Nabi Daud. Ada juga yang mengatakan bahawa peraturan zaman itu tidak melarang seorang lelaki melamar seorang perempuan yang telah bersuami asalkan si perempuan itu ingin kepada lelaki yang melamarnya, lalu di mintakan fasakhnya. Bahkan ada pula para mufassir yang menolak sama sekali berita perkahwinan Nabi Daud dengan Sabiq itu dan dianggap berita itu sebagai cerita cerita dongeng israeliyat yang tak patut dipercayai juga.

PERISTIWA HARI SABTU
Sejak dahulu sudah ditetapkan Allah satu hari dalam se minggu, di hari semua orang diwajibkan berkumpul menjalankan ibadat bersama sama dan menerima tuntunan Allah dengan perantaraan Nabi dan RasulNya masing masing. Tetapi entah kerana apa, di zaman Nabi Musa kaum Bani Israel sama bermohon, agar hari itu dijadikan hari Sabtu saja.
Keinginan mereka ini dikabulkan oleh Allah dan sudah tetaplah menurut syariat Nabi Musa, bahawa hari Sabtu itu adalah hari istimewa, hari mana setiap orang tidak boleh bekerja, tetapi hari itu dikhaskan hanya semata-mata untuk menyembah Allah, untuk bersyukur kepada Tuhan dan hari menerima pelajaran Tuhan atau agama.
Begitulah telah menjadi adat, syariat dan tradisi bagi Bani Israel, sejak zaman Nabi Musa sampai ke zaman Nabi Daud a.s. Di sebuah kampung yang terletak di pinggir Lautan Merah, bernama kampung Allah, di mana tinggal bangsa keturunan Bani Israel juga. Mereka juga menjalankan syariat yang menjadikan hari Sabtu itu semata-mata untuk beribadat saja.
Kerana adat dan syariat yang sudah turun temurun begitu lama, di mana tidak seorang juga di antara manusia yang pergi ke ladang membajak, tidak seorang juga pergi ke pasar berniaga, tidak seorang juga pergi ke laut menangkap ikan, maka syariat Bani Israel itu menyebabkan timbulnya sebuah tradisi pada ikan yang hidup di dalam laut di sekitar desa itu.
Tidak begitu jauh dari pantai di desa itu, ada dua buah batu besar yang putih warnanya di dalam laut. Saban hari Sabtu, bukan main banyaknya ikan ikan besar yang lalu dan bermain main di antara dua buah batu besar itu. Rupanya ikan ikan itupun sudah tahu, bahawa kalau mereka berman main di situ pada hari Sabtu, tidak seorang juga manusia yang menangkap mereka, sedang di hari-hari yang lain, tidak ada se ekor pun di antara ikan ikan itu yang muncul di situ, kerana bila ada se ekor saja, sudah pasti akan ditangkap oleh manusia untuk menjadi makanannya yang paling enak. Di hari hari selain hari Sabtu mereka hampir seluruhnya pergi ke laut menangkap ikan.
Dari hari ke sehari, tahun ke tahun, makin banyak juga ikan ikan besar Lautan Merah yang melancung pada tiap hari Sabtu ke antara dua batu besar itu. Hal ini akhirnya menerbitkan selera bangsa Bani Israel yang tinggal di desa itu.
Nafsu tamak dan keinginan untuk memakan daging ikan yang besar-besar itu, menyebabkan mereka lupa kepada ajaran agama mereka sendiri. Mereka berkumpul bermesyuarat, bertukar fikiran. Mereka berkata: Kenapa kita biarkan saja ikan ikan besar sebanyak itu berkeliaran di hadapan kita di hari Sabtu ini. Sedang di hari hari lainnya, kita bermati matian ke tengah laut yang luas mencari ikan dengan bersusah-payah, kadang-kadang dengan mengorbankan jiwa kita sendiri. Alangkah baiknya kalau di hari Sabtu itu, kita tangkap semua ikan yang lalu antara dua buah batu itu, kita pasti akan mendapatkan ikan sebanyak banyaknya dengan jalan yang amat mudah.
Fikiran ini lekas diterima oleh lain-lain orang di kampung itu, kecuali beberapa orang saja yang tetap beriman dan tidak sudi melanggar aturan agama.
Begitulah setiap hari Sabtu penduduk kampung itu bersama sama menangkap ikan di antara dua buah batu besar itu dengan mudah sekali. Hasil mereka sehari itu jauh lebih banyak dari hasil mereka di hari hari lainnya yang enam hari itu. Alangkah senang hati mereka mendapat akal yang demikian itu.
Dengan akal ini, maka hari Sabtu itu sudah mereka robah, bukan untuk menyembah Allah lagi, tetapi mereka jadikan hari melupakan Allah, hari beriang gembira, makan makan besar dengan ikan ikan besar yang mereka dapati di hari Sabtu yang istimewa itu. Di hari Sabtu itulah mereka makan seenak enaknya dan sebanyak banyaknya, dengan daging ikan ikan besar yang berbagai-bagai pula macam ragamnya.
Setelah pekerjaan mereka itu diketahui oleh orang orang yang beriman, mereka memberikan nasihat kepada yang melanggar aturan agama itu. Tetapi nasihat ini tidak masuk lagi ke dalam hati mereka. Akhirnya oleh golongan yang beriman, diadakan tindakan kekerasan untuk menginsafkan orang orang yang sudah sesat itu. Dengan kekuatan senjata, mereka jaga agar jangan sampai ada seorang juga di antara penduduk yang menangkap ikan di hari Sabtu itu.
Tetapi mereka yang ingkar dan sesat itu sama sama memprotes keras: Kampung ini bukan kepunyaanmu saja, kami juga turut berhak atas kampung ini. Tetapi kenapa kamu melarang kami berbuat apa yang kami inginkan di kampung kami sendiri? Kami merdeka berbuat itu semua, apalagi mencari rezeki yang berupa makanan itu. Atau kalau kamu tidak suka kami mengerjakan apa yang kami perlukan, lebih baik kampung ini kita bagi dua saja. Setengahnya untuk kami, kami merdeka berbuat apa saja yang kami kehendaki di kampung bahagian kami dan setengah lagi untukmu dan kamu merdeka pula berbuat apa saja yang kamu kehendaki atasnya.
Untuk menghindarkan selisih dan pertumpahan darah, orang orang yang beriman akhirnya suka kalau kampung itu di bagi antara kedua golongan itu. Kampung itu lalu di bagi dua. Kedua golongan disetiap kampung itu, kini merdeka berbuat sekehendak hati masing masing. Golongan yang sudah sesat itu berkecimpungan dengan keingkaran, mereka telah melupakan Tuhan dan makan makan besar setiap hari Sabtu, yang oleh Allah telah ditetapkan hanya untuk beribadat kepadaNya itu.
Adapun orang-orang yang beriman selalu menasihatkan kepada sesama mereka, agar jangan meniru perbuatan salah dari orang-orang yang sesat itu, kerana itu akan berakhir dengan dosa dan petaka yang diakhiri dengan seksaan Allah yang sebesar-besarnya, Setelah semua anjuran itu oleh golongan yang sesat itu tidak di acuhkan sama sekali, akhirnya perbuatan mereka itu dibiarkan saja, diserahkan kepada Tuhan saja untuk menghukumnya.
Tetapi Nabi Daud tidak mahu membiarkan begitu saja orang melanggar perintah Allah. Nabi Daud terus menerus menasihati mereka, agar mereka kembali kepada ajaran Nabi dan agamanya. Tetapi mereka hanya menggelengkan kepalanya, bahkan mengejek ejek.
Akhirnya Nabi Daud tidak dapat membiarkan dan tidak dapat pula memberi nasihat lagi. Masalah ini diserahkannya kepada Allah semata mata, dengan doa agar Allahlah yang mengajari orang orang yang sudah sesat itu.
Orang-orang yang ingkar itu rupanya menjadi semakin ingkar dan semakin tamak dalam hidupnya, akhirnya mereka mengerjakan segala macam dosa dan noda dalam hidupnya. Tabiat mereka berubah menjadi saperti kera atau beruk, tidak tahu akan halal dan haram, tidak kenal akan permatang atau pagar. Akhirnya bukan hanya tabiatnya saja yang jelek begitu rupa, tetapi rupa dan bentuk mereka juga jadi memburuk. Tabiat yang kasar dan dosa yang terlalu banyak, telah merobah bentuk rupa mereka juga, menyerupai kera atau beruk, menjadi binatang lata.
Pada suatu hari terjadilah gempa besar di desa itu. Dengan gempa besar itu, semua kaum Mukminin, sama keluar dari rumah rumah mereka minta perlindungan dari Allah. Adapun orang orang yang sudah sesat itu, masih tetap makan-makan besar dengan hasil penangkapan ikan mereka di hari Sabtu itu. Akhirnya datang lagi gempa yang kedua, ketiga, keempat berturut turut tidak putus putusnya, yang semakin hebat dan dahsyat juga. Dengan gempa dahsyat itu, lenyaplah semua orang yang ingkar itu terpelanting ke dalam laut, di timpa oleh batu batu dan rumah rumah yang runtuh, sedang orang orang yang beriman tetap selamat, berkat perlindungan dari Allah s.w.t.

Kisah Nabi Zulkifli ‘alaihis salam; Nabi yang Tidak Terlena Kemewahan

Penutur Ulang Lukman Hakim Zuhdi
Seseorang yang telah ditentukan oleh Allah SWT untuk menjadi nabi dan rasul adalah hamba yang terbaik, sabar dan saleh. Tersebutlah nama Nabi Zulkifli ‘alaihis salam di antaranya. Ayah Nabi Zulkifli bernama Nabi Ayyub ‘alaihis salam. Ibunya bernama Rahmah. Dengan demikian, Nabi Zulkifli masih terhitung cucu Nabi Ibrahim ‘alaihis salam. Sebetulnya nama asli Nabi Zulkifli ialah Basyar. Namun karena ia selalu mampu memegang amanat dan janji, maka dijuluki Zulkifli. Secara sederhana, Zulkifli berarti orang yang sanggup.
Sejak kecil hingga dewasa, Nabi Zulkifli belum pernah berbohong kepada siapapun. Semua janji yang diucapkannya senantiasa ditepati, sehingga teman-teman dan orang-orang sangat senang kepadanya. Selain itu, ia cepat dikenal masyarakat lantaran semua tingkah lakunya mencerminkan kebaikan dan kebenaran. Sikap dan pendiriannya tidak mudah goyah. Emosinya benar-benar terkontrol secara baik. Saat ditimpa cobaan dan mendapat masalah, ia pun menerimanya secara sabar, tanpa mau mengeluh atau cerita ke orang lain. Ia lebih suka curhat dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Nabi Zulkifli dibesarkan di sebuah negara yang dipimpin oleh seorang raja yang arif dan bijaksana. Raja tidak suka mementingkan dirinya. Semua pikiran, tenaga dan harta kekayaannya ditumpahkan demi wilayah dan bangsa yang dicintainya. Wajar bila seluruh rakyatnya hidup makmur dalam suasana kedamaian. Sayangnya raja itu sudah sangat tua dan tidak memiliki keturunan sama sekali. Sang raja sangat bingung dan gelisah mengenai penggantinya kelak, termasuk nasib negara dan warganya.
Nabi Zulkifli Memenangkan Sayembara
Berhari-hari sang raja memikirkan persoalan tersebut. Ia pun meminta pertimbangan dan berdiskusi dengan para penasehat istana. Akhirnya ditemukan jalan keluar terbaik, yakni mengadakan sayembara terbuka. Dalam tempo cepat pengumuman sayembara sudah tersebar ke seluruh daerah kekuasaannya. Di antara materi sayembara itu ialah untuk memberi kesempatan kepada seluruh rakyatnya agar bisa memimpin negaranya. Adapun caranya, rakyat diminta hadir di halaman istana yang luas pada hari dan waktu yang telah ditentukan.
Saat yang ditunggu tiba. Sejak pagi hari rakyat berbondong-bondong datang memenuhi alun-alun istana untuk mengikuti sayembara. Nabi Zulkifli ada di antara kerumunan massa. Mereka harap-harap cemas menanti kemunculan raja di panggung utama. Beberapa dari mereka ada yang percaya diri dan yakin akan bisa duduk di atas singgasana menggantikan raja. Setelah para pengawal istana berusaha menenangkan rakyat, raja baru menampakkan diri dengan baju kebesarannya. Spontan terdengar gemuruh tepuk tangan menandai rasa hormat dan cintanya terhadap raja.
Raja berdiri di mimbar. Ia memandangi lautan manusia yang telah menyemut dan menanti pernyataannya. Rakyat terdiam, suasana hening. “Wahai seluruh rakyat yang aku cintai, seperti diketahui, kini aku sudah lanjut usia. Aku pun tidak mempunyai keturunan yang bisa meneruskan kejayaan kerajaan ini. Sementara aku tidak akan lama lagi berada di antara kalian. Sebagaimana yang berlaku selama ini, titah raja selalu dituruti dan tingkah lakunya diikuti rakyatnya. Maka dari itu, aku akan mengambil salah satu dari kalian yang terbaik. Sebagai persyaratan utama, orang yang akan menempati posisiku adalah orang yang pada siang hari melakukan puasa dan malam hari mengerjakan ibadah.” Demikian isi pidato raja dengan nada bicara yang tegas dan berwibawa.
Seusai memberikan penjelasan, raja mempersilakan rakyatnya yang merasa sanggup dengan persyaratannya agar mengangkat tangannya. Namun setelah ditunggu beberapa lama, tidak ada seorang pun yang berani mengacungkan jarinya. Bagi mereka, ketentuan itu jelas sangat berat. Tiba-tiba Nabi Zulkifli mengangkat tangan, melangkah ke hadapan raja, kemudian berkata dengan mantap tapi tetap rendah hati, “Maaf baginda, kiranya hamba sanggup menjalankan puasa pada siang hari dan mengerjakan ibadah pada malam hari.”
Semua yang hadir terkejut, tak terkecuali raja. Raja tidak yakin kepadanya mengingat usia Nabi Zulkifli masih sangat muda. Raja mengamati Nabi Zulkifli secara detail dari ujung rambut hingga ujung kaki. Nabi Zulkifli kembali menegaskan, “Wahai paduka, hamba tidak main-main dengan ucapan hamba. Apa yang paduka minta akan hamba laksanakan.” Raja terdiam sejenak, lantas memutuskan untuk mengabulkan permohonan Nabi Zulkifli. Selang beberapa menit acara sayembara usai. Rakyat membubarkan diri, pulang ke rumah masing-masing.
Nabi Zulkifli Tidak Terlena Kemewahan
Malam harinya sang raja bisa tidur tenang. Ia senang sebab sudah menemukan putra mahkota. Sejak itu Nabi Zulkifli tinggal di dalam istana menemani kegiatan-kegiatan raja. Namun, kemewahan segala fasilitas istana, kilauan permata, hamparan permadani, dan empuknya ranjang tidur tidak membuat Nabi Zulkifli lupa daratan. Ia tetap menjadi diri sendiri, hidup sederhana seperti dulu. Menjelang detik-detik mangkat, raja berpesan kepada Nabi Zulkifli agar tetap menjalankan persyaratan sepeninggalnya. Nabi Zulkifli pun bersumpah akan menjaga amanat tersebut hingga akhir hayatnya.
Kewafatan sang raja menimbulkan duka yang mendalam bagi rakyatnya, apalagi bagi Nabi Zulkifli. Mereka berduyun-duyun mengantarkan raja ke peristirahatan terakhirnya. Negeri itu dirundung masa berkabung beberapa hari. Sesuai kesepakatan, kekosongan kursi raja segera ditempati Nabi Zulkifli yang merangkap sebagai hakim. Rakyat sangat berharap pemimpin baru mereka lebih membawa kebaikan, kemakmuran dan kedamaian. Setelah menjadi raja, Nabi Zulkifli mulai mengatur jadwal berpuasa, beribadah serta melayani rakyatnya sepenuh jiwa dan raganya.
Nabi Zulkifli bekerja hampir tidak mengenal waktu, pagi, siang maupun malam. Seluruh kebutuhan dasar rakyatnya dipenuhi. Urusan-urusan mereka diselesaikannya secara baik dan adil, tanpa menimbulkan gejolak atau memunculkan konflik baru. Ia tidak mau membeda-bedakan orang yang meminta uluran tangannya. Semua diperlakukan sama dan dihadapi dengan sabar. Hasilnya, di bawah kepemimpinannya, rakyat bisa hidup senang, tenteram dan bahagia. Selain itu yang paling penting, sejak menjadi raja, Nabi Zulkifli makin bertambah besar ketakwaannya kepada Allah SWT.
Cobaan Bagi Nabi Zulkifli
Satu malam menjelang Nabi Zulkifli beranjak ke tempat tidur, pintu kamarnya diketuk seorang pembantu istana. Menurut pembantunya, seorang warga datang untuk meminta bantuan Nabi Zulkifli. Nabi Zulkifli kemudian menemuinya dengan sikap ramah. Warga itu segera mengadukan persoalannya sembari menundukkan wajahnya. Ia mengaku baru dirampok di tengah perjalanan. Harta bendanya ludes dirampas orang lain. Nabi Zulkifli mendengarkan penuturannya dengan penuh kesabaran.
Setelah menyimak apa yang disampaikan warga itu, Nabi Zulkifli merasa ada yang ganjil. Sebab, lokasi yang diduga tempat berlangsungnya peristiwa perampokan sesungguhnya kawasan yang aman. Apalagi, di wilayah negerinya selama ini tidak pernah ada tindak kejahatan. Nabi Zulkifli lantas bertanya siapa sebenarnya tamu ini. Warga yang mengaku telah dirampok itu membuka identitas diri bahwa sesungguhnya ia iblis yang menyerupai manusia. Tujuan kedatangannya hanya ingin menguji dan membuktikan kesabaran, kebaikan dan kesalehan Nabi Zulkifli. Tidak sampai lima menit, iblis itu pun cepat-cepat menghilang dari hadapan Nabi Zulkifli.
Lain waktu Nabi Zulkifli mendapat cobaan. Sekelompok orang yang durhaka kepada Allah SWT membuat ulah di dalam negerinya. Nabi Zulkifli memerintahkan pasukan dan rakyatnya supaya memerangi mereka. Namun, mereka tidak mau mengikuti perintahnya. Alasannya, mereka takut mati akibat peperangan itu. Mereka malah meminta jaminan kepada Nabi Zulkifli agar tidak tewas meski ikut berperang. Nabi Zulkifli tidak marah melihat sikap mereka. Ia segera bermunajat kepada Allah SWT. Akhirnya, dalam peperangan itu mereka memperoleh kemenangan dan tidak satu pun dari mereka yang gugur.***

nabi harun

Nabi Harun fasih berbicara

Harun bin Imran bin Qahits bin Lawi bin Yaakub bin Ishak bin Ibrahim. Baginda ialah adik-beradik seibu Nabi Musa, diutuskan untuk membantu Musa memimpin Bani Israel ke jalan yang benar.
Firman Allah bermaksud: “Dan Kami telah menganugerahkan kepadanya sebahagian rahmat Kami, iaitu saudaranya, Harun menjadi seorang nabi.”
Harun dilahirkan tiga tahun sebelum Musa. Beliau yang fasih berbicara dan mempunyai pendirian tetap sering mengikuti Musa dalam menyampaikan dakwah kepada Firaun, Hamman dan Qarun. Nabi Musa sendiri mengakui saudaranya fasih berbicara dan berdebat, seperti diceritakan al-Quran: “Dan saudaraku Harun, dia lebih fasih lidahnya daripadaku, maka utuslah dia bersamaku sebagai pembantuku untuk membenarkan (perkataan) ku, sesungguhnya aku khuatir mereka akan berdusta.” Sepanjang peninggalan Nabi Musa untuk bermunajat di Thur Sina, Harun juga diberikan amanah untuk mengawasi dan memimpin penduduk Bani Israel daripada melakukan kemungkaran, apa lagi menyekutukan Allah dengan benda lain. Musa berkata kepada Harun: “Gantikanlah aku dalam (memimpin) kaumku dan perbaikilah, jangan kamu mengikuti jalan orang yang melakukan kerosakan.”
Bagaimanapun, sepanjang pemergian Musa ke Thur Sina, berlaku ujian terhadap Bani Israel. Sebilangan mereka menyekutukan Allah dengan menyembah anak lembu yang diperbuat daripada emas oleh Samiri. Mereka menyembah patung lembu itu selepas terpedaya dengan tipu helah Samiri yang menjadikannya sehingga boleh bercakap. Harun sudah mengingatkan mereka kelakuan itu adalah dosa besar, namun segala nasihat dan amaran berkenaan tidak dipedulikan.
Selepas bermunajat selama 40 hari, Musa kembali kepada kaumnya dan sungguh terkejut dengan perbuatan menyembah patung lembu itu. Musa bukan saja marah kepada kaumnya, malah Harun sendiri turut ditarik kepala dan janggutnya. Musa bertanya kepada Harun: “Wahai Harun, apa yang menghalangi engkau daripada mencegah mereka ketika engkau melihat mereka sesat? Apakah engkau tidak mengikut aku atau engkau menderhakai perintahku?”. Harun berkata: “Wahai anak ibuku, janganlah engkau renggut janggutku dan janganlah engkau tarik kepalaku, sesungguhnya aku takut engkau akan berkata, “engkau adakan perpecahan dalam Bani Israel dan engkau tidak pelihara perkataanku.” Kemudian Musa mendapatkan Samiri, lalu berkata: “Pergilah kamu dari sini bersama pengikutmu. Patung sapi itu yang menjadi tuhanmu akan aku bakar, kemudian aku akan hanyutkan ke dalam laut. Kamu dan pengikutmu pasti mendapat seksa.”
Nabi Harun hidup selama 122 tahun. Baginda wafat 11 bulan sebelum kematian Musa, di daerah al Tiih, iaitu sebelum Bani Israel memasuki Palestin. Mengenai Bani Israel, mereka memang degil, banyak soal dan sukar dipimpin, namun dengan kesabaran Musa dan Harun, mereka dapat dipimpin supaya mengikuti syariat Allah, seperti terkandung dalam Taurat ketika itu.
Selepas Harun dan Musa meninggal dunia, Bani Israel dipimpin oleh Yusya’ bin Nun. Namun, selepas Yusya’ mati, lama-kelamaan sebilangan besar mereka meninggalkan syariat yang terkandung dalam Taurat. Malah, ada kalangan mereka yang mengubah hukum di dalam kitab berkenaan, sehingga menimbulkan perselisihan dan perbezaan pendapat, akhirnya menyebabkan perpecahan Bani Israel.

;;
Free INDONESIA Cursors at www.totallyfreecursors.com